Skip to main content

Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Dan Beri Rawatan Serta Penjagaan Rapi.



Apa itu Autisme?

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda kesihatan anak yang mununjukkan simptom gangguan sama  ada secara mental dan fizikal tidak disedari.

Misalnya masalah Autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun. Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal, tahap sederhana dan tahap serius.



Apakah simptom-simptom Autisme?


Petanda Awal Autisme 

Berikut adalah tanda-tanda awal autisme yang biasanya boleh dilihat :-
Kesukaran berinteraksi . Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

Ciri-Ciri Autisme

Gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun hanya soalan mudah seperti 'Nak makan?'  Kanak-kanak autisme sukar untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu cara untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak lain yang normal tetapi  sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.


Tidak suka bermain di dalam kumpulan dan lebih suka suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, anak-anak ini akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Anak autisme juga sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.

Tidak sukakan perubahan - terutamanya yang akan mengubah emosi mereka seperti dihantar ke sekolah tadika atau diajar menggunakan potty train/ ke tandas. Mereka juga tidak suka jika ada sesiapa yang menyentuh atau menukar cara susunan permainannya. Mereka mudah mengamuk sekiranya permainannya hilang atau ditukar kedudukan susunannya. 

Kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta deria rasa. Selain kurang sensitif kepada rasa sakit, kanak-kanak autisme juga jarang menyuarakan kesakitan yang mereka alami kerana masalah komunikasi tadi. Kanak-kanak ini juga adakalanya tidak suka dipeluk atau dirangkul oleh individu lain. 

Tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Hampir 50 peratus daripada anak autisme mempunyai  corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu mengulangi perkataan orang lain. 
Sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Selain mempunyai kesabaran dalam menyusun permainan mereka setiap hari di tempat yang sama, mereka juga dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji permainannya. 



Persatuan Autisme Malaysia
Di Malaysia, terdapat persatuan khas dan kumpulan sokongan yang ditubuhkan untuk kanak-kanak autisme. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak boleh mendapatkan pelbagai maklumat, info dan perkongsian maklumat dengan ibu bapa lain di:-
Laman Web Autisme:  http://www.autisme-malaysia.com
Laman Facebook:  https://www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/

Persatuan Autisme Malaysia




Rawatan Autisme

Anak-anak adalah anugerah yang terindah daripada Allah. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan mudah berputus asa kerana autisme ini boleh dirawat walaupun dikatakan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Anak-anak autisme juga adalah unik, dengan teknik terapi dan pembelajaran yang betul, mereka juga boleh berjaya sama seperti kanak-kanak yang lain malah dikatakan mampu mengatasi kepintaran kanak-kanak yang normal.

Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan. Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.



Comments

Popular posts from this blog

Emmune Kids Mommyhana - Suppliment tambahan buat tingkatkan imun dan pertahanan badan anak anak

    [GAMBAR AISYAH KHADEEJA BEBERAPA BULAN LEPAS] Memang sangat merisaukan bila ada anak anak asthma. Macam mommyrina, dua anak mommyrina takde asthma. Tiba tiba je kena dengan anak number 3, Aisyah Khadeeja haritu kena serangan asthma. Punya lah kelam kabut bila tengok nafas jadi laju dan dada berombak. Nak bercakap pun tokleh dan bila bercakap jadi putus putus. Paling masalah bila dia belajar di nursery sebab mommyrina ibu bekerja dan husben juga kerja. Nursery pulak jenis aircond centralized tak boleh nak kawal sangat kesejukan tu. Jadi untuk budak yang tak tahan sejuk memang imun badan dia rendah selalu selsema dan demam bila terlalu sejuk. Masa kena tu pun, baru balik dari nursery lah. Ghisau dan fobia lah kalu berulang balik. Sekarang musim sana sini budak kena demam batuk selsema. Bila selsema batuk ni lagi risiko pada paru paru. nak nak di zaman covid dah 2 tahun nie memang sangat terdedah dengan macam macam jenis viruslah jawabnya Pasni kena bebetul cakna dengan vaksin tambaha

ISLAMIC AUDIO DEVICE BY MOMMYHANA

TERAPI DIRI SEKELUARGA . Ibu bapa mencari terapi jiwa dan rohani untuk anak serta keluarga?? Jangan risau MommyHana ada launching produk terbaru tau yang diberi nama ISLAMIC AUDIO DEVICE😊 APA YANG BESTNYA ISLAMIC AUDIO DEVICE? ⬇⬇⬇⬇⬇⬇ πŸ’• Mozart untuk kecerdasan minda anak πŸ’• Lullaby untuk ketenangan,bagi anak konsisten waktu tidur πŸ’• White Noise & Ocean Wave bagi membantu baby tidur dengan selesa  πŸ’• Surah Yaasin πŸ’• 13 surah lazim termasuk 4 Qul πŸ’• Lagu dari MommyHana πŸ’• Zikir & Selawat ADA LAGI KE YANG BEST TENTANG ISLAMIC AUDIO DEVICE NI? Of course ada! MommyHana kan seorang ibu jugak. Jadi dia faham sangat perasaan parents kat luar sana πŸ’¦ Tiada Radiasi πŸ’¦ Timer auto off πŸ’¦ Memory function πŸ’¦ Lagu auto shuffle πŸ’¦ Sekali charge tahan min 9 jam  πŸ’¦ First in the world product yang ada gabungan white noise + lullaby + ocean waze + bacaan Al-Quran ( Moden + Islamic ) SIAPA YANG PATUT A

MESIN SEDUT HINGUS BABY - NASAL ASPIRATOR MOMMYHANA PUTRAJAYA

SHROOOOT SHROOOT YANG TAK MENJADIK. Naik pink hidong kamoo ibu sedut. Masalah selsema idong tersumbat bikin stress. Lagi haru dia sekali ngan pakej penginapan bermalam malam tanpa sebarang bayaran. Srooot srooot sedut masih tak berjaya. Pekat naw macam gam hingoos kamoo nih! Umpama halilintar ibu search fesbuk caghi penyelesaian. Seghonok ibu bila jumpa NASAL ASPIRATOR MOMMY HANA. Wow, nampak changgih, siap ada lagu. Kasi kamoo relex dan tak smackdown ibu. Jejes aillio tengok rega tapi kamoo punya pasal kuredah jugak beli. Mesti cepat hingus hilang. Legaa hati ibu, Tak kerja keras sedut hingos dan berjaga malam lagi. Pedih hati bila mengenangkan mukus jahat itew. Psssst. Bonus pulak sekarang ibu terus join jual ALAT MAGIK sedut ingoss nih. Ibu nak bantu semua kengkawan ibu dan parent yang dok jaga malam ghisau anak bila selesema berjemaah. Jangkit di paru paru lagi haru biru nanti. Kalau ada yang cuba alat magik ni meh piyem/wasap ibu tau sebab nak bisik bis