Skip to main content

TIPS NAIKKAN BERAT BAYI DGN SUSU IBU




[TIPS NAIKKAN BERAT BAYI DGN SUSU IBU ]
.

1. Pastikan bayi yang diberi susu ibu mengikut permintaannya, dan ditawarkan penyusuan tanpa had lebih mudah untuk menambah berat badan lebih cepat.
.
2. Pastikan bayi anda menyusu lebih lama di satu-satu payudara untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk (susu akhiran yang mempunyai lebih banyak kandungan lemak). 
Jgn tukar2 kiri kanan. Kanan tu nasi dan kiri adalah air adalah mitos.
.
3. Tunggu sehingga bayi lepaskan sendiri sebelum menawarkan payudara yang lagi satu kepada bayi anda. Selepas penyusuan, pastikan ank disendawakan. Atau jika sudah terlena, mengiringkan arah ke kanan. Mengurangi beban jantung.
.
4. Susukanlah bayi anda dengan lebih kerap pada waktu malam, ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin lebih banyak terhasil, dan kandungan lemak dalam susu ibu pada waktu malam juga adalah lebih tinggi.
.
5, Susukan bayi anda dengan kerap ini kerana lagi kerap payudara dikosongkan lebih pekat susu yg akan terhasil. Ini kerana kandungan foremilk (susu cair) akan jadi lebih banyak jika payudara dibiarkan bengkak baru nak pam/perah/direct feeding. Ini menyebabkan kandungan kalori dan lemak dalam susu akan jadi lebih rendah. Pastikan juga jarak masa 2-3 jam sekali untuk kosongkan payudara secara konsisten.
.
6. Jika perlu, asingkan foremilk dan hindmilk, dan beri anak anda minum minum hindmilk. Cara bagaimana anda dapat mengasingkan foremilk dan hindmilk.
.
🍼Tips:Jika bayi hanya menyusu direct, pam dan simpan terlebih dulu foremilk dan bagi baby minum hindmilk secara direct.
Jika bagi tujuan perahan untuk simpan (EBM), pam foremilk (sehingga susu pekat mula keluar), henti dan tukar botol. Pam semula hindmilk dan bagi bayi minum hindmilk. 10min pertama adalah foremilk dan 10min terakhir adalah hindmilk.
.
7. Untuk merangsang lebih banyak kandungan lemak didalam foremilk (susu awal), ibu boleh untuk mengurut payudara semasa bayi menghisap susu secara direct.
Urut perlahan2 atau tuam dgn kain suam.
.
8. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta mencukupi untuk tenaga harian untuk pastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti (Boleh ambil makanan tambahan untuk tambah tenaga, tingkatkan dan pekatkan susu serta membekalkan pelbagai nutrisi lain).
.
9. Ibu juga perlukan rehat sempurna dan jauhi segala punca stress. Kawal emosi dan sentiasa positif.
.
.
Tips di atas adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk tambah berat badan anak anda yang masih menyusu bada sepenuhnya. Namun, diingatkan bayi ada tidak perlu bersemangat atau gemuk gedempol! Paling penting adalah perkembangan otak, fizikal dan motor skill adalah sejajar dengan perkembangan usia.
.
🚫Susukanlah bayi anda dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang serta percaya bahawa badan manusia memang tercipta khas untuk hasilkan susu yang secukupnya untuk anak manusia.
.
📍Teruskan penyusuan dan Majulah bf utk anak2
.


- DOUBLE BREASTPUMP MOMMYHANA-






Comments

Popular posts from this blog

Emmune Kids Mommyhana - Suppliment tambahan buat tingkatkan imun dan pertahanan badan anak anak

    [GAMBAR AISYAH KHADEEJA BEBERAPA BULAN LEPAS] Memang sangat merisaukan bila ada anak anak asthma. Macam mommyrina, dua anak mommyrina takde asthma. Tiba tiba je kena dengan anak number 3, Aisyah Khadeeja haritu kena serangan asthma. Punya lah kelam kabut bila tengok nafas jadi laju dan dada berombak. Nak bercakap pun tokleh dan bila bercakap jadi putus putus. Paling masalah bila dia belajar di nursery sebab mommyrina ibu bekerja dan husben juga kerja. Nursery pulak jenis aircond centralized tak boleh nak kawal sangat kesejukan tu. Jadi untuk budak yang tak tahan sejuk memang imun badan dia rendah selalu selsema dan demam bila terlalu sejuk. Masa kena tu pun, baru balik dari nursery lah. Ghisau dan fobia lah kalu berulang balik. Sekarang musim sana sini budak kena demam batuk selsema. Bila selsema batuk ni lagi risiko pada paru paru. nak nak di zaman covid dah 2 tahun nie memang sangat terdedah dengan macam macam jenis viruslah jawabnya Pasni kena bebetul cakna dengan ...

MESIN SEDUT HINGUS BABY - NASAL ASPIRATOR MOMMYHANA PUTRAJAYA

SHROOOOT SHROOOT YANG TAK MENJADIK. Naik pink hidong kamoo ibu sedut. Masalah selsema idong tersumbat bikin stress. Lagi haru dia sekali ngan pakej penginapan bermalam malam tanpa sebarang bayaran. Srooot srooot sedut masih tak berjaya. Pekat naw macam gam hingoos kamoo nih! Umpama halilintar ibu search fesbuk caghi penyelesaian. Seghonok ibu bila jumpa NASAL ASPIRATOR MOMMY HANA. Wow, nampak changgih, siap ada lagu. Kasi kamoo relex dan tak smackdown ibu. Jejes aillio tengok rega tapi kamoo punya pasal kuredah jugak beli. Mesti cepat hingus hilang. Legaa hati ibu, Tak kerja keras sedut hingos dan berjaga malam lagi. Pedih hati bila mengenangkan mukus jahat itew. Psssst. Bonus pulak sekarang ibu terus join jual ALAT MAGIK sedut ingoss nih. Ibu nak bantu semua kengkawan ibu dan parent yang dok jaga malam ghisau anak bila selesema berjemaah. Jangkit di paru paru lagi haru biru nanti. Kalau ada yang cuba alat magik ni meh piyem/wasap ibu tau sebab nak bisik bis...

INT3TREE - CERGAS, CERDAS DAN PINTAR

ADAKAH ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH 1 . Tidak Aktif, Kurang tenaga & Lemah 2. Metabolisme tak seimbang 3. Kulit Sensitif seringkali Merah, Ruam & Luka 4. Masalah Jantung 5. Migraine 6. Darah Tinggi 7. Sakit Kepala 8. Mata sering Merah 9. Mata Letih & tak bertenaga @ Rabun 10. Tekanan yg menyebabkan anak selalu marah @ stress 11. Ketidakselesaan semasa Haid 12. Sawan 13. Pembuluh Darah Tersumbat 14. Asma 15. Eczema 16. Radang Sendi 17. Sakit Perut 18. Cirit Birit 19. Elergik 20. Diabetis 21. Kemurungan 22. Masalah pada Pernafasan 23. Selsema yg Berpanjangan 24. Kulit tak Sekata 25. Mengawal Berat Badan 26. Masalah pada Gigi 27. Lembab dlm Pelajaran 28. Anti Oksida 29. Detox Darah dari Logam & Racun Berbahaya 30. Anti Kanser 31. Masalah Kekurangan Zat Besi 32. Masalah Pembuangan @ Sembelit 33. Katarak 34. Gastrik 35. Masalah Usus 36. Selalu Muntah & Loya 37. Luka yg Lambat Sembuh ...